GOTONG ROYONG SANITASI HOTEL TAIPING PERDANA


Assalamualaikum & hai semuaaaa!!!  

Hai! Saya Jaja. 😘😘😘

9 April 2020 - Hari ke 23 PKP. 

Sejak menularnya Coronavirus di seluruh dunia, pihak Hotel Taiping Perdana telah mengambil kesempatan ini untuk membersihkan seluruh bangunan dan kawasan hotel sebagai langkah pencegahan virus COVID-19. 

Pada 30 Mac 2020 pihak pengurusan Hotel Taiping Perdana telah mengadakan gotong royong pembersihan di seluruh kawasan hotel melibatkan staf-staf hotel.

Pihak pengurusan hotel juga memberi pesanan ringkas mengenai 'Penjarakkan Sosial' kepada kami semasa sesi gotong-royong diadakan. Jangan risau ya, Jaja & kawan-kawan masih mengekalkan jarak 1 meter tau masa gotong royong. 

Kemudian, pihak pengurusan hotel telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan dan  mengagihkan sanitizer kepada setiap kumpulan bagi proses mensanitasi peralatan dan  perabot di dalam hotel sebagai langkah pencegahan daripada coronavirus.

Kami telah lakukan proses pembersihan di Lobi, coffeehouse, dewan seminar, bilik-bilik penginapan, kolam renang dan seluruh kawasan Hotel Taiping Perdana.

Selesai sudah gotong royong di Hotel Taiping Perdana, team Kitchen telah menyajikan Nasi Ayam sedapppppppp mengancam kepada Jaja & kawan-kawan. Yummm yummm 😋 😋 😋 

Phewwww... Tak sia-sia Jaja mandi peluh masa gotong royong ni tau... 😅 😅 😅 

Jadi, lepas ni jangan risau dan jangan ragu-ragu ya utk datang menginap di Hotel Taiping Perdana sebab kami dah pastikan Hotel Taiping Perdana BEBAS dari virus. ✖️✖️✖️🦠🦠🦠✖️✖️✖️

Jom  sama-sama berdoa dgn Jaja agar keadaan kembali normal. Tiada lagi COVID-19 menghantui dunia... Aaminn... 

Comments

Popular Posts